Khamis, 12 Januari 2012

SEJARAH - TAMADUN DUNIA - TEMA 1 - PENGARUH ALAM SEKITAR TERHADAP PRA SEJARAH

Huraikan pengaruh alam sekitar terhadap kehidupan masyarakat dari zaman pra-sejarah.

Pengenalan:
· Masyarakat zaman prasejarah banyak diperngaruhi oleh faktor alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka.
· Hubungan manusia dengan alam sekitar dan cara manusia mentafsir hubungan tersebut dan membuat beberapa pengubahsuaian dalam hubungan tersebut, merupakan langkah awal pembentukan tamadun manusia.
· Zaman prasejarah ialah zaman sebelum wujudnya rekod bertulis tentang kehidupan manusia.
· Terbahagi dua iaitu zaman prasejarah akhir yang terdiri daripada Zaman Paleolitik (kira-kira 500,000 SM – 10,000 SM) dan Zaman Mesolitik (kira-kira 10,000 SM – 7000 SM). Zaman prasejarah akhir dikenali sabgai Zaman Neolitik (kira-kira 7000 SM hingga 3500 SM).
· Zaman Paleolitik dikenali sebagai Zaman Batu Lama, Zaman Mesolitik disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan, dan Zaman Neolitik dikenali sebagai Zaman Batu Baru.
· Perkembangan tamadun masyarakat prasejarah berkembang di seluruh dunia walau bagaimanapun tahap perkembangan tamadun ini adalah berbeza-beza.

Isi

Pengaruh Alam Sekitar

1. Pemilihan Tempat Tinggal/Petempatan

Paleolitik – pilih gua, lubang bawah tanah, ranting yang ditutup dengan rumput / daun, supaya dapat berlindung daripada binatang buas, musuh, dan kesejukan.

Neolitik - pilih lembah sungai, dataran tanah pamah dan persisiran pantai untuk dapat bekalan air, kesuburan tanaman, tangkap ikan, kemudahan perhubungan & pengangkutan.

2. Agama & kepercayaan

Paleolitik - Alam dipercayai ada kuasa luar biasa – mengancam keselesaan dan kehidupan.

Neolitik – mengharapkan hasil pertanian - upacara ritual pemujaan dan korban membuktikan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan alam sekitar (cara mereka berdamai dengan alam sekitar agar alam sekitar tidak ‘ mengamuk ‘ ).

3. Peralatan

Paleolitik – mengunakan peralatan yang mudah dan ringkas. Mementingkan fungsi alatan. Membuat baju daripada kulit binatang kerana suhu yang sejuk.

Neolitik – menggunakan peralatan lebih kurang sama tapi halus dan kemas kerana dibuat daripada batu gua dan batu kapur. Peralatan mudah diperolehi kerana mereka tinggal di tepi sungai. Mereka mencipta roda dan kapal layar, cipta cangkul, tajak dan kapak (pertanian). Persekitaran mencabar manusia mencipta peralatan tersebut.

4. Kegiatan Ekonomi

Paleolitik – bergantung kepada alam sekitar untuk mendapat makanan dengan cara berburu dan memungut hasil hutan. Alam sekitar mempengaruhi mereka.

Neolitik – Pertanian dan penternakan giat dijalankan kerana kawasan delta yang subur.Berlaku revolusi pertanian. Berlaku surplus iaitu lebihan hasil yang menyebabkan berlaku aktiviti perdagangan .Sungai sebagai medium perhubungan membolehkan perdagangan secara tukar barang/barter dijalaankan. Mereka telah cuba mempengaruhi alam sekitar.Jelaslah alam sekitar mempengaruhi kegiatan ekonomi prasejarah.

5. Gaya Hidup

Paleolitik – Kehidupan ‘simple ‘ . Mereka berpindah randah (nomad) untuk mencari makanan dan kawasan selamat.Tidak memiliki harta. Hidup dalam kumpulan kecil dan tiada oganisasi.

Neolitik – Kehidupan lebih kompleks. Hidup dalam kumpulan besar dan ada organisasi mudah. Mula melantik ketua. Melakukan aktiviti yang sesuai di tempat tinggal mereka secara bekerja sama dan mula melakukan pengkhususan kerja.

Kesimpulan:
Penguasaan terhadap alam sekitar berlaku secara kebetulan tanpa perancangan rapi. Wujud proses saling melengkapi antara manusia dan alam sekitar, telah banyak membantu penguasaan manusia teknologi ciptaannya terhadap alam sekitar dan ini bererti meningkatnya tamadun manusia.

Jumaat, 30 Disember 2011

UPSR - BM (PEMAHAMAN) - KATA GANTI NAMA

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.




Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.




Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang




2. Kata ganti diri terdiri daripada:




(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);


(b)kata ganti diri singkat;

(c) kata ganti tanya;

(d) kata ganti tempat; dan

(e) kata ganti tak tentu.



Gantinama Diri




Kata Ganti Diri Pertama



1.  Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.


2.  Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.



Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua




Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak




Bentuk
contoh kata nama diri pertama
tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak
kita, kami, kita orang




Kata ganti nama Diri Kedua




Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.



Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :



Bentuk
contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian
Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan 
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita




Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua




1. Awak pekerja yang patuh




2. Kamu semua adalah murid yang baik




3. Guru mencari engkau.




4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.




5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.




Kata Ganti diri ketiga




kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti




mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.




Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.




Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal
ia, dia, beliau, baginda
jamak
mereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya 
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang




Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.




1. Dia pegawai pendidikan




2. Mereka itu orang India.




3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.




4. Ia diburu oleh pihak polis.




5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.




6. Dia menolong bapanya.




7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.




8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.




9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.



10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.



Ringkasan




Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka




Kata Ganti Tanya




1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,


masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.


2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.


3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.



Benda
Orang
Tempat
Masa
Hal
Bilangan
apakah
siapakah
manakah
bilakah

bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
berapakah
Kata Ganti Nama
Penggunaannya
apa
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat




Contoh ayat




1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?




2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?




3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?




4. Nama pokok itu apa ?




5. Pemuda kacak itu siapa ?




Kata Ganti Tempat



1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.


2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:



Kata Ganti Tempat
Penggunaannya
sana
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
Benda, orang, Binatang
ini, itu

Tempat

sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan
begini, begitu, demikian



contoh ayat



1. Ini langsat.




2. Itu kucing.




3. Pokok itu rendah sahaja.




4. Kereta Proton Wira ini cantik.




Kata Ganti Umum / Tak Tentu




Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya


seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.



Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.




Kata Ganti Nama Penunjuk




Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.



1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk



2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:




(a)  subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:




i.    Ini komputer.




ii.   Itu rumah Sally.




(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:




i. Kotak ini berat.




ii. Saya belajar di sekolah itu.




Kata Ganti tak tentu.




1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu




2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:





Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Ayat-ayat contoh
apa-apa

1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
Siapa-siapa
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana

1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.

Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa

Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu

UPSR - BM (PEMAHAMAN) - KATA NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.


Nama Am

2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:

(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat



Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.


2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.


Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.


Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.


a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll


Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), 
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)


Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi



Kata nama Terbitan

Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
          di awal kata ( awalan )
          di akhir kata ( akhiran )
          di awal dan di akhir kata ( apitan )

Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :



di awal kata


pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-


di akhir kata


-ita, -man, -wati, -an, dan -wan


di awal dan di akhir kata


per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an


Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-

kelas kata
kata dasar
kata terbitan
kata kerja
peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
kata sendi
oleh
untuk
perolehan
peruntukan
kata nama
lombong
rumah
guru
perlombongan
perumahan
perguruan
kata adjektif
cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian










Rabu, 14 Disember 2011

Salam Ukhuwah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana terbina satu lagi blog saya dalam tempoh 2 bulan ini selepas penerbitan blog berasaskan muat turun filem dan drama terkini serta penerbitan blog pusat sehenti perniagaan milik saya.

Terlebih dahulu, tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat bercuti kepada para guru dan pelajar - pelajar tidak kira dari sekolah rendah mahupun sekolah menengah serta selamat bercuti panjang kepada calon spm dan stpm 2011 selepas bertungkus lumus selama 1 tahun untuk mendapatkan keputusan yang membangga keluarga masing2 di samping menguatkan semangat untuk pergi ke tahap pendidikan yang lebih tinggi.

Penerbitan blog ini sebenarnya adalah untuk membantu semua pelajar sekolah khususnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun hadapan seperti, UPSR, PMR, SPM & STPM bagi tahun 2012 dan tahun berikutnya. Di samping itu, saya juga memohon jasa baik pengunjung2 yang bergelar guru, agar memberi serta menyumbangkan serba sedikit ilmu yang ada untuk dikongsikan bersama para pelajar agar anak bangsa kita terus maju di dalam pelajaran. Malah sedikit sebanyak kita membawa amal yang baik di akhirat kelak kerana berjuang membantu anak bangsa.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang melayari laman blog yang tak seberapa ini. Insya Allah semua yang terlibat dalam penerbitan blog ini akan mendapat redha allah kerana mengembangkan ilmu Allah kepada ummat yang lain,

Jazakallahu khairan katsiraan....

Penerbit Education One Stop Centre